KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd. Nor dinasihatkan untuk mencontohi sikap terbuka Menteri Besar Kelantan dan Terengganu berhubung Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari berkata,
Datuk Ahmad Yakob dan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mempunyai semangat menyambung silaturahim dalam bulan Syahwal.
“Cuba contohi sahabat-sahabat MB di Kelantan dan Terengganu tu. Semua sambut dengan hati terbuka. Alhamdulillah.
“Semua faham dan hayati semangat kebersamaan bulan Syawal. Patutnya bulan ini tentang kemafaan dan silaturahim, bukan bergaduh,” ciap Mohammed Taufiq di Twitter.
Beliau menjelaskan, Aidilfitri sepatutnya menjadi hari untuk meraikan semua pihak.
Kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kedah dan mengadakan acara rumah terbuka sepatunya dihargai.
“Kalau dulu semua asyik bertumpu di Lembah Klang, kali ini YAB PM meraikan semua — terutamanya yang jauh nun di Utara dan Pantai Timur sana.
“Saya sebagai anak Kedah memang seronok sangat bila ada pengumuman Rumah Terbuka PM dibawa sampai ke negeri kita ni.
“Bukan apa, baru la anak Kedah ini pun rasa disambut dan tak dipinggirkan. Jamuan ini pun untuk semua. Bukan untuk parti tertentu. PH, PN ka semua boleh mai,” kata beliau.
Secara sinis Mohammed Taufiq berkata, tidak seharusnya kehadiran perdana menteri untuk makan dengan rakyat dianggap sebagai berkempen.
“Dia kalau mai Selangor makan dengan anak Kedah sampai buat cerita kata disingkirkan dari Majlis Kewangan Negara, itu baru patut dikira berpolitik.
“Ini PM takdan mai lagi dia dah kata pasai kempen,” katanya.
Bagaimanapun Mohammed Taufiq berkata, dia akan menantikan kehadiran Muhammad Sanusi ke majlis tersebut untuk bersembang.
Pada 23 April lalu media melaporkan, Muhammad Sanusi berkata, Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri di enam negeri yang akan mengadakan PRN dianggap sebagai kempen pilihan raya.
Beliau berkata, acara tersebut bertentangan dengan pendirian berjimat cermat yang dilaungkan Anwar.
Tegasnya, jamuan Aidilfitri seharusnya diadakan di Seri Perdana atau sekitar Putrajaya sahaja seperti kelaziman sebelum ini.-MalaysiaGazette
Mabok KETOM Taufiq ni… banyak tegok ke Raya ni?
sikap RAMASAMY terbuka menilai BEBAN kerana UMNO dan sikap terbuka MKT UMNO kutuk DAP kau suruh hentikan…..
Itu Hak MB KEDAH untuk tidak menerima keburukan kerajaan PERBANDUAN yang terlalu merosakkan dan menafi keistimewaan ke atas rakyat KEDAH dalam Perlembagaan.
Lepas PRN KEDAH nanti buatlah persiapan bungkus kain baju.