KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,756 kes kemalangan dilaporkan pada hari keenam pelaksanaan Op Selamat ke-20.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman berkata, sebanyak 2,011 kenderaan terlibat dalam kemalangan di seluruh negara.
“Untuk hari keenam (semalam) kereta masih menjadi penyumbang tertinggi kepada kes kemalangan di jalan raya dengan merekodkan 1,388 buah atau 69 peratus dari keseluruhan kes yang direkodkan.
“Motosikal masih menjadi penyumbang kedua tertinggi selepas kereta iaitu 243 buah atau 12.1 peratus,
“Kenderaan pacuan empat roda merekodkan 163 buah atau 8.1 peratus, kenderaan pelbagai guna (137 atau 6.8 peratus) dan lori (36 atau 1.8 peratus),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Tambah JSPT, selebihnya membabitkan van (29 atau 1.4 peratus), bas (13 atau 0.6 peratus) dan dua kes iaitu 0.1 peratus melibatkan teksi.
Op Selamat yang dilancarkan Ketua Polis Negara Tan, Sri Acryl Sani Abdullah Sani pada 20 April lalu akan berakhir esok. – MalaysiaGazette