KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan butiran perbelanjaan program Rumah Terbuka Aidilfitri 2023 yang akan diadakan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Presidennya, Senator Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata, ia adalah untuk semakan parti pembangkang dan rakyat bagi memastikan dana kerajaan tidak disalahguna untuk kepentingan parti politik.
Katanya, program itu bukan hanya akan membazirkan wang negara tetapi ia juga termasuk dalam agenda parti dalam kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Tambah beliau, perbelanjaan program untuk Perdana Menteri itu melibatkan penggunaan wang kerajaan namun ia tidak pernah didedahkan.
“Walaupun program itu sepatutnya untuk Hari Raya Aidilfitri, tetapi orang juga tahu bahawa program Rumah Terbuka ini adalah untuk membantu Kerajaan Campuran bagi menjalankan kempen dan tarik undi untuk PRN yang akan berlangsung tidak lama lagi.
“Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap Kewangan Awam. Ini juga termasuk dalam perbelanjaan Kerajaan untuk rakyat, bukan menyalahgunakan dana untuk kepentingan peribadi parti politik” katanya dalam satu kenyataan.
Dominic berkata, Perikatan Nasional (PN) mempunyai tanggungjawab untuk menyemak penggunaan dana Kerajaan Campuran supaya dapat melindungi kepentingan rakyat yang membayar cukai.
“Bukan sahaja Gerakan mengkritik Perdana Menteri, Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Luqman Long pun mengkritik terhadap isu tersebut”.
“Untuk pengetahuan semua, Luqman Long telah meletakkan jawatan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas (Strategik) kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Beliau berani membela kepentingan rakyat dan patut menjadi contoh,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Ai ya!!.. Apek Lominic Lou, itu time masih Hari Raya maa!..lakyat mau makan² pun lu mau mising² ka!..Ai ya!!..lu punya kepala otak manyak “Batu Api” Ooh!!..kalau lu mau latang makan..lu latang makan, free juga maa!!..kita lakyat Malaysia Hari Raya sama-sama looo..