Empat penagih dadah diberkas dalam serbuan berasing di sekitar daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

BALIK PULAU – Polis Daerah Barat Daya menahan empat lelaki dipercayai penagih dadah selepas menyerbu beberapa lokasi sekitar daerah itu.

Mengikut kenyataan di Facebook IPD Barat Daya empat lelaki berusia 31 hingga 37 tahun itu ditahan dalam serbuan selama dua hari bermula semalam.

“Antara lokasi serbuan Pangsapuri Jalan Tengah, Persiaran Mayang Pasir dan Jalan Permatang Damar Laut.

Antara dadah yang dirampas dalam serbuan berkenaan.

“Hasil ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah.

“Selain itu, pemeriksaan ke atas dua suspek yang ditahan di Permatang Damar Laut membawa kepada penemuan pelbagai jenis dadah,” katanya hari ini.

Tambah kenyataan itu, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(3) dan Sekysen 15(1)(a) akta yang sama. – MalaysiaGazette