LONDON – Chelsea hampir pasti menawarkan kontrak buat jurulatih kelahiran Argentina, Mauricio Pochettino sebagai pengendali baharu secara rasmi minggu depan, lapor Sky Sports.
Sebelum ini, pengurusan tertinggi The Blues telah melakukan beberapa siri temuduga dengan calon jurulatih yang disenarai pendek sejak minggu lalu.
Bagaimanapun, Pochettino muncul calon akhir yang menjadi pilihan untuk mengemudi Chelsea dan kini hanya menunggu tawaran kontrak rasmi dengan persetujuan mengenai terma dan syarat.
Bagaimanapun, atas beberapa sebab yang tidak dapat didedahkan, Chelsea akhirnya melantik Graham Potter sebelum jurulatih kelahiran England itu dipecat pada bulan lalu.
Sementara itu, bekas pemain antarabangsa England, Gary Neville yakin Chelsea telah membuat keputusan yang tepat dengan memilih Pochettino kerana beliau memiliki pengalaman dalam pentas EPL bersama Tottenham Hotspur selain kepakaran membimbing pemain muda. – Agensi