KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan memandang serius dakwaan kes buli melibatkan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kementerian itu dalam kenyataannya hari ini berkata, siasatan terperinci dan telus telah dilakukan serta merta termasuk memberi kerjasama penuh kepada polis.

“Kementerian Pertahanan telah mengambil maklum kes berkenaan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan aduan itu yang kini dalam siasatan polis.

“Kementerian Pertahanan menegaskan tidak ada kompromi terhadap sebarang salah laku melibatkan pelanggaran disiplin, tataterti, jenayah dan isu berkaitan perundangan seperti buli dan lain-lain yang melibatkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Tindakan yang tegas mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada akan diambil terhadap mana-mana pegawai serta anggota yang didapati terlibat dan bersalah,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, Kementerian Pertahanan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi agar tidak mengganggu kes yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Semalam, media melaporkan, seorang wanita tampil meluahkan perasaan dan menuntut keadilan berhubung keadaan adik lelakinya yang didakwa menjadi mangsa buli di sebuah pusat latihan tentera udara pada Isnin.

Wanita berkenaan berkongsi luahan tersebut melalui akaun Twitter @ummiiiiinmo dan turut berkongsi gambar beberapa anggota tentera berpangkat koperal yang didakwa membuli adik lelakinya itu ketika menjalani latihan.

“Masuk airforce (tentera udara), tapi macam masuk sekolah asrama. Kaulah paling ‘Kapla High Council’.

“Adik menjadi mangsa ragging (buli) yang bukan sahaja melibatkan penderaan fizikal semata-mata, malahan membabitkan penderaan emosi sehingga menjadi takut dan trauma,” ciapnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Assalamualaikum…nama sy saatry bole pngil sy Ateh jesaya dari bekas pelatih Henry Gurney Telok Mas Melaka nk bt permohonan msuk Tudm bole x cik Klau bole nnti calll no sy utk sy jelas kan lgi 0194583599

Comments are closed.