Lionel Messi. Foto BBC Sport.

LONDON – Paris Saint-Germain (PSG) menggantung bintang sensasinya Lionel Messi selama dua minggu selepas pemain itu membuat lawatan ke Arab Saudi tanpa kebenaran kelab.

Keputusan itu dibuat selepas Messi tidak hadir latihan di Camp des Loges pada Isnin lalu.

Ini kerana Messi dalam  perjalanan ke Arab Saudi yang tidak mendapat kebenaran dan kelab terpaksa mengambil tindakan disiplin.

Sebelum ini, pemenang Piala Dunia bersama Argentina itu sudah mengatur perjalanan lebih awal ke Timur Tengah bagi memenuhi tanggungjawabnya sebagai duta pelancongan Arab Saudi.

Pemain-pemain PSG sepatutnya diberi cuti pada Isnin lalu namun susulan kekalahan 3-1 kepada Lorient, pengendalinya Christophe Galtier memanggil skuad untuk berlatih.

Messi ketika itu sudah dalam perjalanan ke Arab Saudi dan tidak boleh berpatah balik ke Paris.

Messi sudah ditawarkan kontrak baharu oleh PSG tetapi belum membuat keputusan untuk menerimanya.

Barcelona mahu dia kembali menyarung jersi kelab Catalan itu dan pada masa sama kelab Timur Tengah dan MLS juga mengintai khidmatnya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast