Alalyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis

PUTRAJAYA – Mahkamah Tinggi Syarie menetapkan 16 Ogos depan bagi sebutan kes tuntutan harta sepencarian lebih RM2 bilion milik Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis masih belum mencapai kata sepakat.

Mahkamah akan mendengar hujahan semua pihak sama ada mereka setuju untuk menyelesaikannya atau perlu diadakan perbicaraan.

Kes tuntutan itu difailkan oleh balu Allahyarham, Puan Sri Dr Kalsom Ismail terhadap empat anaknya serta ibu mentua.

Semalam, Hakim Mahkamah Syarie, Abdul Shukor Abd Hamid menetapkan petang ini untuk mendapatkan status berhubung tuntutan itu.

Prosiding juga dijangka didengar secara tertutup seperti yang telah diarahkan sebelum ini.

Pada 1 November tahun lepas, kes tuntutan harta sepencarian berjumlah RM2 bilion itu mungkin akan diselesaikan tanpa melalui perbicaraan.

Dr. Kalsom memfailkan tuntutan harta sepencarian termasuk 20 hartanah di Malaysia, Mekah serta beberapa buah syarikat pada Oktober 2018, dengan menamakan anaknya, Ikwan Hafiz, Nur Anis, Nurul Alyaa, Noor Adilla dan ibu mentuanya sebagai defendan.

Pada 4 April 2015, Allahyarham Jamaludin yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, ketika itu berusia 64 tahun, bersama lima lagi maut apabila helikopter yang mereka naiki dari Pekan, Pahang ke ibu negara terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast