KUALA LUMPUR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) gagal mengambil keterangan Mohamad Wadi Annuar Ayub berikutan penceramah bebas itu dikatakan telah ‘menghilangkan diri’ dari bilik siasatan.
Menurut Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim, Mohamad Wadi dilaporkan hadir ke pejabat itu kira-kira pukul 10 pagi semalam bersama dua peguamnya tetapi dikatakan keluar dari bangunan pejabat itu tidak lama kemudian tanpa sempat diambil keterangan.
Katanya, JAIPs memerlukan kehadiran penceramah itu sahaja tanpa perlu membawa peguam kerana beliau dipanggil untuk mendapatkan keterangan bukan perbicaraan mahkamah.
“JAIPs memerlukan Wadi seorang sahaja untuk hadir ke premis ini dan tiada keperluan untuk peguamnya hadir kerana ia bukan perbicaraan mahkamah.
“Bahkan kehadiran dua peguamnya ke premis JAIPs juga diberikan atas budi bicara pegawai penyiasat JAIPs,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Mohamad Wadi dilaporkan hadir kira-kira jam 10 pagi ke JAIPs ditemani dua peguamnya, Mohd Jamil Yaacob dan Mohamad Kamarulzaman Jusoh.
Semalam, Wadi dilapor hadir kira-kira jam 10 pagi ke JAIPs ditemani dua peguamnya iaitu Mohd Jamil Yaacob dan Mohamad Kamarulzaman Jusoh.
Bagaimanapun, peguamnya, Mohd Jamil mendakwa sepanjang satu jam mereka di premis itu, pelbagai kerenah birokrasi cuba ditimbulkan pegawai JAIPs menyebabkan mereka mengambil keputusan beredar tanpa proses memberi keterangan.
Dakwanya juga, anak guamnya sudah memenuhi arahan untuk tampil ke pejabat JAIPs namun beberapa hak termasuk mendapatkan peguam ketika sesi temubual dinafikan JAIPs.
Mohamad Wadi untuk siasatan kes mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung Abi, Padang Machang di Kangar pada Ramadan lalu.
Wadi, 40, dikenali dengan kuliah agamanya yang tersebar di media sosial mengenai akhir zaman, akhirat dan sirah Rasulullah SAW dalam nada sedih dan syahdu kecuali jika menyentuh isu berkaitan fahaman wahabi.
Mengulas lanjut, Najmuddin menegaskan, kenyataan Mohamad Wadi Annuar semalam berhubung situasi yang berlaku di premis itu juga jauh tersasar.
Katanya, kenyataan penceramah semalam jauh tersasar dari realiti sebenar yang berlaku di JAIPs.
“Berdasarkan pertemuan itu, beliau gagal memberikan kerjasama seperti mana ditetapkan JAIPs dan jabatan ini akan meneruskan kes berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada yang sedang berkuatkuasa dalam negeri Perlis,” katanya. – MalaysiaGazette
Persekutuan Tanah Melayu, satu tauliah untuk satu Malaysia, tak perlu tiap2 negeri punyai tauliah sendiri, ianya hanya membuang masa.
Kepada ustaz Wadi teruskan berdakwah tanpa gentar, anda punyai peminat2 yang tersendiri!
Sebenarnya persekituan tanah melayu hanya di guna pakai di semenanjung, Sabah Sarawak tanah melayu ada lah partner.. 3 negara…
dorng pakai islam belah mana eh? nak mengajar kena tauliah asing? bukan dalam negara yang sama ke? atau pedas kena bahan dengan ustaz dalam ceramah sebab tu gertak nak siasat? skali sampai tak bagi peguam masuk, kalahkan siasatan polis pulak. dah macam ustaz tu bunuh org pulak gayanya.
Apa perlunya satu negeri satu tauliah? Satu Malaysia sewajibnya hanya perlu ada satu tauliah sahaja. Tak lah membuang masa dan buang duit. Dah lama natizen suroh menteri standardizekan bende2 SOP ni. Tapi menteri2 bertanggungjawab gagal?
Satu negeri satu tauliah kerana ketua agama Islam dinegeri adalah Sultan atau Raja yang berbeza dan ianya merujuk kepada Enakmen yang berbeza mengikut negeri, negeri2 ada kedaulatan masing2. Hormatilah bukannya susah pun, jika kita hendak keluar negara kita minta visa dari negara berkenaan bagi maksud memasuki negara tersebut, sana juga akan berkaitan tauliah ini, mohon saja seperti biasa, kesemuanya ini demi memelihara kesucian agama agar ianya sentiasa terurus dengan baik dan tertib.
Bab Agama Dan adat istiadat adalah dalam bidang kuasa negeri masing2. Sebab tu perlu mohon tauliah utk ceramah agama kat negeri masing2. Ikut jer la proses MAIP. Apa yg nk dikecohkan sgt sampai nk bwk lawyer bagai. Bagi keterangan jer kot? Macam dh tau ada buat salah jer..?