Sebahagian pemandu lori yang hadir selepas membuat laporan polis oleh 10 pemandu lori yang dakwa dianiaya JPJ di IPD Sentul, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 04 MEI 2023.

KUALA LUMPUR – Seramai 35 pekerja syarikat pengangkutan jentera berat terputus mata pencarian selepas lori-lori muatan berat mereka disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak lima bulan lalu.

Mereka mendakwa  terkejut selepas dimaklumkan oleh agensi penguatkuasaan pengangkutan jalan berkenaan yang lori-lori muatan yang disita akan dilucut hak milik.

Penyelia yang juga wakil pekerja syarikat berkenaan, P. Thanaseelan berkata, meskipun pihak syarikat telah membayar denda atas kesalahan membawa lebih muatan batu dan pasir yang diperoleh dari sebuah kuari di Rawang namun kesemua 18 lori yang disita tidak diserahkan semula.

Sebahagian pemandu lori yang hadir selepas membuat laporan polis oleh 10 pemandu lori yang dakwa dianiaya JPJ di IPD Sentul, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 04 MEI 2023.

Katanya, beliau tidak faham mengapa JPJ Putrajaya masih lagi menyita lori-lori berkenaan dan memberi alasan untuk melucut hak milik kenderaan tersebut.

“Kita sudah bayar duit denda atas kesalahan yang dilakukan. Duit itu pun kamu susah payah nak dapatkan. Kami gadai emas, kami pinjam dengan kawan-kawan untuk bayar saman itu.

“Tapi, lori tak lepas lagi. Pihak JPJ bagi alasan nak tuduh kami atas satu kesalahan lagi.

Thanaseelan Parawin . Foto MUHD NA’IM, 04 MEI 2023.

“Berapa kali kami nak dituduh di mahkamah atas satu kesalahan? Jadi, kita buat laporan polis untuk mendapatkan keadilan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini hari ini.

Menurut Thanaseelan lagi, setiap lori yang ditahan oleh pihak JPJ dikenakan denda sebanyak RM25,000.

Kini, katanya, pihak syarikat terpaksa membayar pula kepada pihak bank ansuran bulanan lori berkenaan sebanyak RM5,000 sedangkan lori-lori tersebut masih lagi disita oleh pihak JPJ.

“Kami mengaku kesalahan yang dilakukan dan pihak syarikat sudah bayar pun. Kami betul-betul minta tolong sebab pada masa ini kita betul-betul tengah susah. Kami driver-driver (pemandu-pemandu) tiada kerja.

“Kami minta piha-pihak yang berkenaan tolonglah kami, tolonglah kami…lepaskanlah lori-lori itu untuk kami buat kerja dan teruskan kehidupan kami. Kami kini tengah merana,” tambahnya.

Dalam pada itu, Thanaseelan turut meminta agar Menteri Pengangkutan, Anthony Loke membantu dalam menyelesaikan masalah yang dialami mereka itu.

Katanya, beliau yakin dengan bantuan yang diberikan oleh pejabat menteri segala kebuntuan yang dihadapi dapat dirungkai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. kesian orng yg bawa lori nk bela ank isteri mak bapa yg dh tua lagi…..skrng lori tk bole parking kt kawasan perumhan…driver lori parking pun diaorng tengok keadaan jln dulu sempit ke tk bkn ikut suka2 nk letak….lagi pun diaorng nk letak Lori kt mana….tepi jln besar pun ada yg curi bateri bkn murah mahal…letak kt kawan perumhan selamat lh sikit lori tu….kalau tk bole juga letak Lori Harap bagi kawasan khas utk parking lori nk sewa tempt mahal …..

    • undang2 dh lama ada..cuma kita ambil ringan…patuh undang2 semua ok je….senang cerita

    • Puan, mmg syarat masa apply permit lori, kena declare tempat simpan lori atau tapak stor. Kalau takda, tak lulus. Habis tu masa diorg apply permit, tipu ka apa? Sampai kena letak kat tepi jalan. Rosak jalan satu hal, kalau kat simpang, ganggu pandangan org nak kuar simpang. Potensi kemalangan motorsikal langgar belakang lori parking dibahu jalan pun ada. So takyah bela sangat pemandu lori yg langgar undang2 jalan.

  2. pemilik dan syarikat declare JPJ sita. MEREKA sudah buat laporan polis. tunggu sahaja siasatan PDRM hingga selesai. so janganlah jadi macam puak…. KARAM.
    kelamkabut

  3. Mintak juga pemandu lori yg disita repot SPRM dan agensi² yg berwajib….habis nak merompak?denda dah bayar…semudah abc ja nak lucut hak….aku pun tumpang terasa…rakyat sentiasa ditindas…

  4. JPJ tak nampak kesusahan orang lain ke? . dia terima gaji bulan,2 cukup dah lupa orang lain . kesian mereka . bukan sorang yang menderita tu . ramai driver punya anak bini nak diberi makan .

Comments are closed.