Enam anggota polis berusia 25 hingga 40 tahun direman enam hari di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam kes meminta suapan di Jerantut.

TEMERLOH – Enam anggota polis berusia 25 hingga 40 tahun direman enam hari di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam kes meminta suapan di Jerantut.

Keenam-enam suspek yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut itu ditahan petang semalam selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Temerloh.

Pendaftar Mohamed Shah Reza Noor Azman membenarkan perintah reman suspek bermula hari ini sehingga 11 Mei 2023 selepas permohonan reman dilakukan di Mahkamah Majistret Temerloh.

Suspek merupakan lima anggota dan seorang inspektor terbabit disyaki meminta rasuah RM5,000 daripada pengadu supaya bagi tujuan menyelesaikan kes serbuan dan menjumpai air ketum di rumah pengadu.

Kesemua suspek yang bertugas di bahagian siasatan narkotik didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 12 tengah hari di Taman Saujana Utama, Jerantut pada 3 Mei lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast