Kredit: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu

KUALA TERENGGANU – Sebuah feri yang membawa 79 penumpang termasuk kru yang dalam perjalanan ke Jeti Taman Tamadun Islam (TTI) di sini terbakar dalam kejadian petang tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Kapten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata pihaknya menerima laporan daripada Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat Maritim Kuantan pada 3 petang.

“Feri berkenaan membawa 79 individu dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Redang menuju ke Jeti TTI sebelum terbakar ketika berada berhampiran Pulau Bidong.

“Bertindak atas laporan, dua aset milik APMM telah digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kesemua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dipindahkan ke Jeti TTI.

Katanya kebakaran telah merebak ke seluruh bahagian feri dan dianggarkan musnah seratus peratus manakala punca insiden masih disiasat.

Video insiden itu yang tular di media sosial memaparkan sebuah feri terbakar di Pulau Bidong dan sesetengah warga net mendakwa kepulan asap boleh dilihat dengan jelas beberapa kilometer dari lokasi.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast