KUALA LUMPUR – Skuad terjun negara memulakan cemerlang di Sukan SEA Kemboja apabila menepati ramalan untuk mendominasi acara tiga meter (m) papan anjal wanita yang berlangsung di Pusat Akuatik Morodok Techo, Phnom Penh hari ini.
Kimberly Bong menceriakan kem negara apabila dinobatkan sebagai pemenang pingat emas selepas memungut 276.3 mata keseluruhan yang merupakan emas ke-10 dari akuatik terjun buat kontinjen Malaysia.
Seorang lagi atlet negara, Ong Ker Ying pula yang memenangi perak di Vietnam tahun lalu terpaksa berpuasa hati dengan gangsa apabila meraih 248.70 mata, dipintas atlet Indonesia, Gladies Lariesa yang meraih perak dengan catatan 273.10.
Malaysia menyasarkan untuk menyapu bersih semua emas yang dipertandingkan dalam acara terjun pada temasya dwitahunan kali ini. – MalaysiaGazette