KUALA LUMPUR – Walaupun sudah dua tahun bergelar suami isteri, ia bukan penghalang buat Dr Amalina Che Bakri bersama suaminya, Alexander Charles pulang ke tanah air untuk bersanding di atas pelamin.
Pasangan itu sama cantik itu mengenakan busana tradisional sambil membawa anak sulung mereka iaitu Arabella Mia ke pelamin.
Malah apa yang mencuri perhatian netizen, mereka memuji sikap anak Amalina yang senyap dan tidak meragam saat ibu bapa mereka sedang bersanding.
Amalina melahirkan Arabella di Hospital St Thomas, London pada Ogos tahun lalu.
Pada masa sama, ada juga netizen yang mengatakan paras rupa suaminya itu saling tak tumpah dengan Mat Dan, lelaki barat yang terkenal bertutur Bahasa Melayu dengan slanga Terengganu.
Lebih teruja lagi, adik Ainul Mardhiah juga dilihat turut hadir ke majlis Amalina yang dahulu pernah menjadi antara doktor yang membantu adik ini dalam proses pembedahannya sebelum ini.
Majlis tersebut dipercayai berlangsung kelmarin dan gambar mereka ini tular di semua platform media sosial serta meriah pujian daripada warganet.
Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac 2021. – MalaysiaGazette