Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut menghadiri majlis rumah terbuka Johor Corporation (JCorp) di Pusat Konvensyen Persada Johor, hari ini.

JOHOR BAHRU – Lima loji rawatan air (LRA) di negeri ini berisiko berada di paras kritikal sekiranya keadaan fenomena El Nino berterusan sehingga Julai depan.

Perkara itu disahkan sendiri Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Ir. Mohamad Fazli Salleh menyatakan loji itu dikenal pasti setelah ia pernah mempunyai rekod kekurangan bekalan air ketika negeri berdepan situasi sama beberapa tahun dahulu.

Ir. Mohamad Fazli Salleh

Ia melibatkan LRA Lok Heng dan Sungai Gembut di Kota Tinggi, LRA Bukit Batu (Kulai), LRA Tenglu (Mersing) dan LRA Sultan Iskandar (Johor Bahru).

“Kadar air semasa di 16 empangan di seluruh negeri Johor dari masa ke semasa, lima LRA yang diberi tumpuan itu kerana pernah ada rekod air berkurangan yang kita jangka boleh turun ke paras kritikal sekiranya cuaca panas berpanjangan.

“Untuk itu, kita telah melakukan pelan mitigasi dengan meletakkan beberapa pam air seperti di Sungai Johor, Sungai Tiram, Tasik Biru Seri Alam selain projek pemindahan air mentah dari Sungai Lukah kira-kira 10 juta liter sehari.

“Tindakan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya keadaan Fenomena El Nino berterusan sehingga Julai dan tidak ada taburan hujan dalam tempoh itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Johor Corporation (JCorp) di Pusat Konvensyen Persada Johor hari ini.

Majlis petang tadi turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta barisan Exco Kerajaan Negeri yang lain.

Jumaat lalu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dilaporkan menyenaraikan lapan negeri yang mudah dipengaruhi Fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca kering dan panas melampau berdasarkan pengalaman kejadian itu pada 2015 dan 2016. 

Ia melibatkan negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

SPAN berkata menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, kebarangkalian berlakunya El-Nino adalah sekitar 57 peratus pada bulan Jun hingga September 2023 dan meningkat kepada 62 peratus pada September sehingga November 2023.

Mohamad Fazli berkata, empangan terkecil di Johor adalah di Gunung Ledang, Muar yang berkapasiti 0.39 juta meter padu hanya mampu bertahan 13 hari manakala empangan terbesar pula di Empangan Bekok, Yong Peng boleh bertahan 299 hari sekiranya tiada hujan turun.

Beliau berkata, pihak sudah mengambil langkah persediaan bagi mengelakkan paras air di lima LRA itu turun ke tahap kritikal sekali gus menjejaskan lebih sejuta pengguna.

“Antara perancangan yang difikirkan boleh dilaksanakan ialah pemindahan air terawat dari satu empangan ke empangan lain yang terjejas sama ada melalui sungai atau saluran terus ke paip yang berhubung.

“Kita juga turut mempertimbangkan untuk melakukan pembenihan awan sekiranya keadaan mendesak.

“Pembenihan awan adalah salah satu pilihan yang kita ada, saya sudah bincang dengan pihak Badan Kawalselia Air Johor (Bakaj), cuma kita risau pembenihan yang dilakukan tidak turun di kawasan empangan yang dimahukan disebabkan faktor angin.-MqlaysiaGazette

Caption:Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut menghadiri majlis rumah terbuka Johor Corporation (JCorp) di Pusat Konvensyen Persada Johor, hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast