barang rampasan daripada dua wanita sri lanka yang ditahan melacur di rumah sewa dalam daerah Subang.Ihsan IPD Subang

SUBANG JAYA – Dua wanita warga Sri Lanka yang menawarkan khidmat seks diberkas polis dalam serbuan Op Noda yang dilakukan di Bandar Sunway, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, dalam serbuan jam 11 malam di rumah sewa yang duduki wanita  itu, polis menemui beberapa barang yang disyaki diguna untuk tujuan pelacuran seperti kondom, tisu selain rampasan wang tunai.

“Siasatan awal mendapati wanita terbabit menggunakan khidmat orang tengah untuk mencari pelanggan khidmat seks dengan mengenakan bayaran murah RM60.

“Modus Operandi mereka adalah menyasarkan pelanggan dalam kalangan warga Bangladesh dan India,” katanya, hari ini.

Menurut Wan Azlan, suspek dipercayai aktif dalam kegiatan pelacuran sejak tiga bulan lalu di rumah yang mereka sewa.

Tambah beliau, kedua-dua wanitaitu telah dibawa ke Balai Polis Bandar Sunway untuk membantu siasatan dan mreka kini direman selama 14 hari sehingga 23 Mei ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen 1959/63. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast