Kredit foto FB Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini mengumumkan pelantikan pengerusi baharu bagi lima badan berkanun di bawah kementerian itu, berkuat kuasa 15 Mei ini.

Mereka ialah Muhammad Faiz Fadzil sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM); Datuk Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP); Aminuddin Zulkipli sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA); Dr Azman Ismail sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI); dan Sheikh Umar Bagharid Ali sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan tersebut adalah berdasarkan pengalaman luas mereka dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan.

“Saya yakin dengan pengetahuan, kredibiliti dan pengalaman yang dimiliki oleh mereka dalam menerajui dan menggalas amanah serta tanggungjawab dalam menyokong dan memastikan pembaharuan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

Pelantikan itu, katanya, dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast