Penerjun negara, Enrique Maccartney Harold. Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR – Skuad terjun negara menyapu bersih pingat emas di pentas Sukan SEA Kemboja 2023 sekaligus terus membuktikan bahawa mereka jaguh rantau Asia Tenggara.

Ini kerana skuad negara memenangi semua empat acara yang dipertandingkan pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023.

Pingat emas itu juga yang ke-22 buat Malaysia sehingga kini.

Aksi cemerlang skuad negara di Pusat Akuatik Morodok Techo disempurnakan oleh pingat emas yang diraih Enrique Maccartney Harold dalam acara platform lelaki hari ini.

Enrique mengumpul mata keseluruhan 442.95, mengatasi rakan senegara, Bertrand Rhodict Anak Lises yang meraih 384 mata manakala atlet penerjun Singapura, Max Lee Shen Oon (362.8) memenangi gangsa.

Untuk rekod skuad terjun negara menyapu bersih lapan pingat emas yang dipertandingkan di Sukan SEA Vietnam, tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast