Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang merekodkan luas hutan simpanan kekal sehingga Disember 2022 adalah seluas 1,596,02 hektar atau 44.37% daripada keluasan negeri itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pada 2022, jumlah luas pewartaan keluar seluas 1,183.74 hektar manakala jumlah luas pewartaan masuk seluas 2,578,35 hektar.

”Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan Pejabat Tanah dan Galian Pahang sentiasa berusaha dan bekerjasama mengenalpasti kawasan-kawasan Tanah Kerajaan untuk mewartakan sebagai Hutan Simpanan Kokal bagi menggantikan kawasan Hutan Simpanan Kekal yang telah dinyahwartakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Tuan Ibharim Tuan Man pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini, hari ini.

ADUN Cheka itu bertanyakan berapakah jumlah keluasan hutan simpan kekal di seluruh Pahang, dan jumlah yang telah dinyahwartakan serta langkah yang telah diambil bagi menggantinya semula. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast