Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir pada Program Mini Townhall Dialog Sepentas Perjuangan Yang Hilang di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 04 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meninggalkan Gerakan Tanah Air (GTA) atas alasan gagal meraih undi membuktikan bekas Perdana Menteri itu sentiasa menyalahkan orang lain.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof Dr P Ramasamy berkata, bekas Perdana Menteri itu tidak pernah mengakui kelemahannya dalam politik.

“Mahathir hanya berpendirian bahawa melompat dari satu parti ke parti lain adalah disebabkan kegagalan pihak lain. Tidak pernah sekali pun disebabkan kegagalan dirinya sendiri,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah beliau, dakwaan Mahathir bahawa GTA gagal meraih sokongan dilihat ironi dengan kekalahan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu di kawasannya sendiri pada pilihan raya baru-baru ini.

“Mahathir mengisytiharkan beliau meninggalkan GTA kerana gabungan itu gagal mendapat sokongan orang Melayu.Tapi sebaliknya dia sendiri kalah di Langkawi,” ujarnya.

Mengulas lanjur, Ramasamy menjangkakan Mahathir tidak akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini.

“Beliau sudah terlalu lama dalam politik. Politik bagi Mahathir bukan perubahan bagi rakyat tetapi segelintir kumpulan elit dan cara untuknya berkuasa,” tambah beliau.

Mahathir menubuhkan GTA pada Ogos tahun lalu.

Mahathir meletak jawatan sebagai Pengerusi Pejuang pada Disember lalu sebelum mengambil tindakan yang sama terhadap GTA, semalam.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha gagasan berkenaan, Datuk Marzuki Yahya berkata, keputusan Mahathir tidak pernah dibincangkan sebelum ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Si tua ni selagi kita tak sumbat dia ke dalam tirsi besi tak de mana dia nak sedar dan insaf. Mungkin DSAI yang berani lakukan. Dan TAN SRI AZAM BAKI mampu lakukannya.

Comments are closed.