Muhamad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mengajak sayap pemuda parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan untuk mencipta sejarah baharu.

Beliau berkata, setiap komponen dalam Kerajaan Perpaduan perlu mencari titik persamaan demi negara.

Beliau menegaskan, masa depan negara bergantung sepenuhnya kepada generasi muda ketika ini.

“Saya nak beritahu pengalaman kita sebelum ini, Adam Adli walaupun dia pernah datang ke (tempat) kita dan turunkan bendera, marahnya kita ketika itu, kalau jumpa waktu itu (mahu) disiat-siat muka dia.

“Tetapi inilah kehebatan direncanakan Allah pada kita. Bila kita bersama hilang rasa marah bila tengok Adam. Sebab apa, orang muda kena tunjuk gaya politik yang baru. Sebab masa depan kita bergantung kepada generasi kita,” kata Dr Akmal.

Ahli Dewan Undangan Negeri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menambah, setiap pihak dalam Kerajaan Perpaduan perlu melupakan perkara yang sudah berlalu.

Jelas beliau, dalam meniti lembaran baharu sayap Pemuda Kerajaan Perpaduan tidak lagi bercakap mengenai isu bersifat melampau.

“Apa yang berlaku pada lepas sudah-sudahlah. Orang di luar sana hampir jemu dengan permainan politik yang telah berlaku. Sudah berapa kali kita tengok ketidakstabilan, keadaan ekonomi.

“Sudah tentu ini permulaan. Kita selalu cakap orang muda kena baca dan fahami sejarah tetapi apa yang lebih penting orang muda kena cipta sejarah. Sahabat pemuda, ini masa kita mencipta sejarah politik baru,” kata Dr Akmal.

Beliau berkata demikian dalam Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Dr Akmal menegaskan Kerajaan Perpaduan bukan sebuah perkahwinan paksa seperti yang didakwa oleh setengah-setengah pihak.

“Tapi saya nak beriahu ibu, bapa dan datuk nenek kita nak kahwin tak kenal sesama sendiri.

“Kalau duduk bercinta 10 tahun, tahun pertama kahwin lelaki curang buat apa? Saya nak tanya ibu-ibu nak suami yang setia atau yang curang?

“Saya nak tanya bapa yang ada, nak isteri yang curang atau setia?” soalnya.

Menurut Dr Akmal, terdapat tiga faktor untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan iaitu saling menghormati, saling memahami dan saling mempercayai.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. aikk bercinta berpuloh tahun curang!!!! MIC MCA dan SABAHAN serta SARAWAKIAN hati-hati, cari bag bungkus kain baju SEBABNYA sekarang π©NODAP kehidupan baru bukan bukan UMNO.
    tak mungkin terlalu mudah ANDA dibodohkan.

  2. haaaaaaaa,
    UMNO sebagai sebuah parti Melayu yg berkarisma mesti berusaha utk menjadikan penyokong2 kaum cinaDAP supaya dapat menghormati dan menjunjung perlembagaan dan rukun negara supaya rakyat yg hidup dinegara ini akan dapat hidup didalam keadaan aman dan bersatu padu dgn menghormati budaya hidup pelbagai bangsa yg mendiami dinegara ini.
    haaaaaaaa
    Aku dapat melihat bahawa perkara ini telah sedikit sebanyak telah berjaya berubah dgn adanya pemimpin2 baru dikalangan parti DAP yg telah menujukkan sikap yg lebih murni. Apatah lagi peranan umno sendiri didalam kerajaan Perpaduan yg telah berjaya mengatasi perselisihan faham diantara kalangan bangsa Melayu dan Cina yg telah berlaku begitu lama semenjak dizaman Mahathir yg berusaha utk menjadi lebih popular dgn menanamkan permusuhan diantara org2 Melayu kpd DAP utk mengaut keuntungan politik dirinya.
    haaaaaaaaa
    Kini segala2nya sedikit sebanyak telah berubah dimana masing2 pihak sailing menghormati antara satu sama lain dgn menyingkirkan segala salah faham selama ini.
    Dgn kewujudan kerajaan Perpaduan ini maka akan dapat merapatkan semula semua kaum dinegara ini semoga kejayaan, keamanan dan kemakmuran negara serta rakyat jelata akan berterusan seadanya.

Comments are closed.