Tasik Shumarinai . foto Twitter

TOKYO – Seorang pemancing yang hilang di Tasik Shumarinai, dekat bandar Horokanai dikhuatiri mungkin diserang beruang selepas kepala manusia ditemui di kawasan tersebut.

Toshihiro Nishikawa yang berusia 54 tahun diturunkan oleh sebuah bot di tasik itu untuk menangkap ikan seorang diri pada hari Ahad.

Seorang pekerja pengendali bot itu kemudiannya melihat seekor beruang berhampiran dengan alatan memancing terjuntai dari mulutnya.

Pekerja itu cuba menghubungi Nishikawa melalui telefon, tetapi gagal menghubunginya.

Maklumat itu mendorong pasukan keselamatan melancarkan operasi memburu beruang.

Kepala manusia juga ditemui semasa operasi di kawasan itu dan polis sedang menyiasat sama ada ia adalah Nishikawa, kata Kyodo News.

Tasik yang terletak di utara Hokkaido itu menjadi daya menarik pemancing untuk  menangkap Sakhalin taimen, ikan yang jarang ditangkap di Jepun.

Polis Hokkaido berkata, kesan beruang semakin meningkat tahun ini dan menerima 339 laporan sehingga Khamis lalu, meningkat lebih 40 daripada tempoh yang sama tahun lepas, apabila beruang dikesan mencatatkan rekod 2,240 kali. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast