Penduduk, Azizah Noor, 52 tidak dapat menahan sebak selepas melihat rumahnya dirobohkan di Kampung Koskan Tambahan, Serendah, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 16 MEI 2023.

“Belajar rajin-rajin, beli rumah cantik-cantik, jangan susah macam ni lagi.” Demikian nasihat seorang penduduk Kampung Koskan Tambahan, Normah Hassan, 60 kepada anaknya selepas tempat berteduhnya selama ini telah dirobohkan.

Keceriaan 12 keluarga Kampung Koskan Tambahan, Serendah untuk menyambut Aidilfitri bertukar menjadi mimpi buruk setelah mereka menerima notis perintah pengosongan kediaman mereka.

Mereka diarahkan supaya mengosongkan penempatan itu sebelum 9 pagi pada 2 Mei.

Arahan berkenaan dikeluarkan oleh sebuah pemaju, Panca Resmi Sdn Bhd menerusi mahkamah.

Berdasarkan notis berkenaan, pemaju tersebut dikatakan telah diberikan hak milik bagi kawasan tanah rizab itu bagi tujuan pembinaan loji kumbahan najis.

Terkini sebanyak enam buah rumah telah dirobohkan dan baki yang lain diberikan tempoh sehingga 11 Mei ini.

Walau bagaimanapun dilaporkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah memberi jaminan akan memberikan penduduk kampung yang terjejas kediamannya, rumah Selangorku dalam tempoh empat tahun lagi.

Situasi ini pastinya menyedihkan penduduk kampung yang majoriti mendiami penempatan berkenaan selama lebih 40 tahun.

 

Penduduk membawa keluar barangan masing-masing setelah diberi tempoh selama seminggu untuk mengosongkan rumah sehingga 11 Mei sebelum dirobohkan di Kampung Koskan Tambahan, Serendah, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 16 MEI 2023.
Penduduk membawa keluar barangan masing-masing setelah diberi tempoh selama seminggu untuk mengosongkan rumah sehingga 11 Mei sebelum dirobohkan ketika di Kampung Koskan Tambahan, Serendah, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 16 MEI 2023.
Penduduk sedang membawa keluar barangan masing-masing setelah diberi tempoh selama seminggu untuk mengosongkan rumah sehingga 11 Mei sebelum dirobohkan ketika di Kampung Koskan Tambahan, Serendah, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 16 MEI 2023.
Penduduk membawa keluar barangan masing-masing setelah diberi tempoh selama seminggu untuk mengosongkan rumah sehingga 11 Mei sebelum dirobohkan ketika di Kampung Koskan Tambahan, Serendah, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 16 MEI 2023.
Seorang penduduk keletihan selepas mengemas barangan di rumahnya sebelum dirobohkan oleh pemaju ketika di Kampung Koskan Tambahan, Serendah, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 16 MEI 2023.
Penduduk membawa keluar barangan masing-masing setelah diberi tempoh selama seminggu untuk mengosongkan rumah sehingga 11 Mei sebelum dirobohkan ketika di Kampung Koskan Tambahan, Serendah, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 16 MEI 2023.
Penduduk, Saleha Jumbir, 55 bergambar bersama keluarganya dihadapan rumah mereka yang bakal dirobohkan sebagai tanda kenangan ketika di Kampung Koskan Tambahan, Serendah, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 16 MEI 2023.
Penduduk yang tidak mampu melihat rumahnya dirobohkan oleh jentolak ketika di Kampung Koskan Tambahan, Serendah, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 16 MEI 2023.
Orang kampung yang melihat kerja-kerja merobohkan rumah yang telah diberikan tempoh selama seminggu untuk megosongkan kediaman bermula 2 mei sehingga 11 mei ketika di Kampung Koskan Tambahan, Serendah, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 16 MEI 2023.
“Makcik susah untuk menangis, tapi bila tengok rumah makcik dirobohkan makcik rasa sebak” kata Normah Hassan, 60 selepas tempat berteduhnya telah musnah ketika di Kampung Koskan Tambahan, Serendah, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 16 MEI 2023.
Penduduk tidak dapat menahan sebak selepas melihat rumahnya dirobohkan ketika di Kampung Koskan Tambahan, Serendah, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 16 MEI 2023.
Keadaan rumah yang telah dirobohkan selepas diberikan tempoh selama seminggu untuk mengosongkan kediaman bermula 2 mei sehingga 11 mei ketika di Kampung Koskan Tambahan, Serendah, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 11 MEI 2023.