Phil Jones. Foto Goal.com

LONDON – Tiada lagi kelibat Phil Jones selaku pemain Manchester United pada musim depan selepas bek tengah itu akan meninggalkan Old Trafford pada penghujung musim ini.

United melepaskan pemain yang kerap ditimpa kecederaan itu secara perpindahan percuma.

Turut dilepaskan juga bek tengah, Axel Tuanzebe yang akan mencari peluang baharu sebagai ejen bebas.

Jones yang kini berusia 30 tahun itu hanya membuat lima penampilan sahaja untuk Man United sejak dari penghujung musim 2019/20 yang lalu.

Dari lima penampilan, dia hanya dua kali sahaja diturunkan dalam kesebelasan utama dan Jones membuat kesemua penampilan itu ketika kelab dikendalikan oleh Ralf Rangnick.

Jones sememangnya kerap diketepikan kerana  sering dibelenggu masalah kecederaan dan ramai peminat yang mendesak pihak kelab supaya menjual sahaja bekas bintang England itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast