MOSCOW – Seorang bekas pekerja Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Rusia telah ditahan di pusat tahanan Moscow kerana didakwa melakukan konspirasi.
Robert Shonov telah ditangkap oleh Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia dan “direman ke dalam tahanan pencegahan”, lapor agensi berita TASS.
Shonov berdepan hukuman penjara sehingga lapan tahun.
Lelaki ini telah ditahan di bandar Pelabuhan Valdivostok dan selepas disoal siasat, dia didakwa dengan pertuduhan “kerjasama secara sulit dengan negara asing atau organisasi antarabangsa atau asing”, menurut TASS lagi.
Moscow didakwa telah meminta untuk menahan Shonov selama tiga bulan.
Pada masa ini, Shonov ditahan di penjara Lefortovo di Moscow, bekas penjara agensi keselamatan dan perisikan asing Soviet Union.
Wartawan AS, Evan Gershkovich, yang ditangkap pada Mac lalu ketika bekerja untuk akhbar Wall Street Journal, didakwa melakukan pengintipan, juga ditahan di Lefortovo.
Begitu juga bekas marin AS, Paul Whelan, yang dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun pada 2020 selepas ditangkap di Moscow kerana disyaki mengintip pada 2018.
Washington menyifatkan pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki itu tidak berasas. – Agensi