KUALA LUMPUR- Bekalan elektrik yang terganggu akibat kebakaran di Pencawang Masuk Utama (PMU) di pusat membeli-belah Midvalley di sini, pulih sepenuhnya sekitar 12.30 tengahari tadi.

Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dalam kenyataan berkata, bekalan elektrik kepada sebahagian besar pengguna berjaya dipulihkan seawal empat minit gangguan berlaku.

Menurut Ketua Pegawai Grid, Ir. Dev Anandan, pemeriksaan TNB mendapati PMU tersebut terpelantik pada jam 10:27 pagi dan bekalan terputus mulai jam 10:51 pagi.

Gangguan bekalan itu melibatkan kawasan terhad sekitar Mid Valley dan sebahagian Desa Pantai.

Bagaimanapun, sistem pengangkutan di KL Sentral tidak terjejas kerana mendapat punca bekalan yang berbeza.

Katanya, tindakan pantas Pasukan Teknikal TNB telah dapat memulihkan bekalan elektrik seawal jam 10:55 pagi.

Bekalan elektrik dipulihkan secara berperingkat dengan majoriti kawasan terlibat mendapat bekalan masing-masing dalam tempoh satu setengah jam.

“TNB mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat atas bantuan memadamkan kebakaran tersebut. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna terlibat.” katanya lagi.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai gangguan bekalan, pengguna boleh menghubungi talian TNB Careline di 15454.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Sub stesen TNB terbakar, Mid Valley City ditutup sementara waktu

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast