KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli diminta memohon maaf secara terbuka kepada semua peminat sukan tanah air berikutan prestasi terburuk dipamerkan kontijen Malaysia dalam sejarah Sukan SEA.
Pada Sukan SEA Kemboja 2023 yang tamat semalam, kontijen negara menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Fadhli Shaari berkata, selaku peneraju di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Hannah wajib melaksanakan ‘post mortem’ dan bukan hanya menyalahkan atlet Malaysia yang terpaksa berjuang di bawah keadaan serba kekurangan disebabkan kegagalan ‘master plan’ KBS.
“Didahului dengan ucapan maaf secara terbuka kepada semua peminat sukan Malaysia dengan mencatat sejarah terburuk malah lebih teruk daripada pencapaian Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada tahun lepas, saya fikir tempoh ‘berbulan madu’ sudahpun berakhir,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini.
Pada Sukan SEA edisi Kemboja, kontinjen negara mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa untuk menghuni di tangga ketujuh daripada 11 negara yang menyertai temasya dwitahunan itu.
Fadhli yang tidak menyalahkan sepenuhnya kepada kedua-dua pemimpin itu berkata, Hannah dan Adam perlu membina semula sukan negara melalui dasar perlindungan kebajikan atlet bagi mencungkil lebih ramai bakat baru selain mengakui kegagalan pengurusan di beberapa peringkat yang merupakan penyebab utama sasaran pingat Sukan SEA kali ini tidak dicapai.
“Kenali masalah sebenar dan jalan terus!,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Pencapaian terburuk kontinjen Malaysia dalam sejarah Sukan SEA
Malaysia muncul juara keseluruhan pungutan pingat, jauh meninggalkan T Leste…
Tahniah menteri sukan dan assistantnya!
Assalamualaikum memberi salam kepada pemuda PAS serta seluruh pengikut pn kalau nk tunjuk bangang jgn sgt terlampau sgt bangang kau pada umum media kenapa kau campur aduk dgn politik dlm sukan baik kau pergi mampus saja kan senang,kau tgk penganjur sukan anjurkan acara setiap jenis sukan mcmmana pakai secara logik le bodoh otak letak kat mana, asyik2 kau letakkan politik dlm semua bidang kau nk politik politik ke jgn nk sibuk jaga tepi kain orang biarle macam sial le Lu orang dulu aku respect orang pas sampai pada zaman arwah Nik Aziz bila haji Hadi berkuasa dah mcm sial aku tgk mungkin dajal telah menyerap atau mengawal jiwa haji Hadi, lagi satu aku nk peringatan jangan menimbulkan persoalan2 yang remeh temeh yang memalukan atau menodai kesucian agama Islam yang aku anuti, nabi Muhammad sallallahu Alaihi wasalam menyiarkan Islam dgn memimpin umatnya untuk beramal kepada Allah SWT berpolitik pun secara mulia sehingga pemimpin2 agama lain sanjung tinggi padanya,yang menentangnya adalah orang2 Quraisy yang masih jahiliah kalau nak ikut sunnah nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam kena ikut sunnah nabi betul2 tidak menbenci dgn agama lain.. tolong le jgn lu orang merosakkan kesucian kemuliaan agama Islam yang kita sama2 amalkan nabi Muhammad berpolitik dgn mulia mengamalkan menarik insan2 dimuka bumi tertarik pada agama Islam agama yang mulia tidak mencerca sesama insan lain kembali le pas yang dulu