Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang kekal dengan keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada minggu ketiga atau keempat pada bulan Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu selari dengan persetujuan antara enam buah negeri yang mana pembubaran DUN pada masa yang sama agar PRN dapat dilakukan serentak.

“Seperti mana yang dipersetujui oleh enam buah negeri pembubaran DUN dilakukan pada 2 minggu terakhir bulan Jun.

“Daripada kenyataan-kenyataan pemimpin lain yang kita baca, setiap negeri ada pertimbangan masing-masing mengenai tarikh pembubaran dengan mengambil kira perancangan mereka.

“Bagi Pulau Pinang, kita masih kekal dengan perancangan asal untuk membubarkan DUN pada dua minggu terkahir bulan Jun, itulah keputusan setakat ini,” katanya dalam sidang media di Komtar hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya berpendapat PRN di enam negeri perlu dijalankan serentak seperti yang dicadangkan beberapa pihak sebelum ini.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast