TikTok
Ahmad Dusuki Abd Rani

KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, Pas dan Perikatan Nasional (PN) sepatutnya berhenti menggunakan aplikasi TikTok.

Beliau secara sinis memberitahu, Pas dan PN perlu berbuat demikian kerana aplikasi tersebut secara terang-terangan menyokong agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Siapa yang sokong TikTok bermakna dia sokong LGBT, kan?

“PAS-PN patut konsisten dengan pendirian mereka. Jangan dilihat munafik,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Sian See mengulas kenyataan pemimpin Pas, Ahmad Dusuki Abd Rani melalui TikTok baru-baru ini yang mendakwa, sesiapa yang menyokong penampilan Coldplay dalam konsert di negara ini turut menyokong LGBT.

Coldplay dikaitkan dengan gaya hidup songsang dan luar tabii itu kerana vokalisnya, Chris Martin sering mengibarkan bendera LGBT dalam persembahan sebelum ini.

Berikutan itu, konsert Coldplay yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November depan dikritik pelbagai pihak yang menentang agenda LGBT.

Sementara itu, TikTok dalam kenyataan media pada 1 Jun tahun lalu menyatakan komitmennya untuk menyediakan persekitaran selamat dan inklusif bagi komuniti LGBT. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Sian See ni bebal dia Tinggi tahap pensyarah atau dewa. application technology boleh digunakan secara baik macam Facebook, Computer, Kereta, Pakaian dan Pakar Perubatan.
    tolong lah TAHU PERBEZAAN… contoh andai ANAK PEREMPUAN kamu adalah PELACUR maka nitizen tidak membenarkan anak kamu sebagai idola pujaan bersosial tetapi nitizen boleh menggunakan NASIHAT PELACUR itu jika dia KESAL INSAF supaya orang lain tidak menjadi seperti nya.
    manusia BIJAK perlu tahu cara PEMISAHAN contoh 2.. semuga ANAK PEREMPUAN anda PELACUR tetapi nitizen boleh menggunakan ANDA untuk berkongsi pandangan.
    Bila ANDA mengaku sebagai penganalisis maka ANDA perlu belajar dalam idea supaya tidak nampak BODOH.
    untuk Zahid Hamidi… goodbye

    • Cuba fahamkan apa yang dimaksudkan. Beliau bukan fokus pada Penggunaannya tapi Sokongannya. Pembina Tiktok menyokong LGBT sama seperti Chris Menyokong LGBT. Chris sebahagian kumpulan Coldplay. Pembina Tiktok bukan sahaja sebahagian Tiktok tapi bina Tiktok. Sokong Coldplay sama je seperti sokong Tiktok. Kalau fahamlah.

Comments are closed.