iklim
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) sebagai salah satu negara maju wajar menjadi peneraju mengekang perubahan iklim dan kesan-kesannya ke atas alam sekitar dan kesihatan manusia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan perkara tersebut menerusi perbualan telefon dengan Perutusan Khas Presiden AS mengenai Iklim, John Kerry semalam.

Menurut beliau, AS seharusnya menyediakan bantuan kewangan, kapasiti dan sokongan teknologi yang mencukupi untuk membantu negara membangun melaksanakan agenda dan tindakan iklim masing-masing.

“Saya turut menyampaikan harapan Malaysia untuk terus bekerjasama dengan AS dalam peralihan tenaga boleh baharu, pengurangan pelepasan gas metana, pembiayaan iklim dan teknologi,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Anwar turut berkongsi aspirasi Malaysia untuk mencapai pelepasan gas rumah kaca (GHG) bersih sifar seawal 2050.

Beliau memberitahu, perbualan telefon itu secara keseluruhan menyentuh pelbagai isu berkaitan alam sekitar, tenaga boleh baharu dan perubahan iklim yang kian meruncing dan memberi kesan yang dahsyat di seluruh dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast