KUALA LUMPUR – Pendaki negara, T Ravichandran sekali lagi berjaya menawan puncak Gunung Everest buat kali keempat pada 17 Mei lalu.

Menurut isterinya, Leela Ramamurthy, Ravichandran berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Everest pada pukul 12 tengahari waktu Nepal.

“Beliau berjaya mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera penaja Himalaya Sports di gunung tertinggi di dunia, Everest berketinggian 8,848 meter pada 17 Mei 2023 pukul 12 tengahari (waktu Nepal, untuk kali yang keempat,” kata Leela dalam satu kenyataan.

Ravichandran bagaimanapun mengalami kecederaan di jari akibat radang dingin yang berulang.

“Untuk makluman rakyat Malaysia, beliau terpaksa dikejarkan ke hospital di Kathmandu, Nepal dengan menaiki helikopter pada 18 Mei 2023.

“Ia akibat kecederaan dijarinya radang dingin (frostbite) berulang kembali ketika hanya 200 meter untuk sampai ke puncak gunung keempat tertinggi dunia, Lhotse yang berketinggian 8,516 meter,” jelas Leela lagi.

Ravichandran berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Everest jam 12 tengahari waktu Nepal.
Ravichandran berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Everest jam 12 tengahari waktu Nepal.

Untuk rekod, Ravichandran menyertai Ekspedisi Himalaya Sports Everest-Lhotse 2023 dalam cubaan melakar rekod negara apabila menjadi pendaki Malaysia pertama menawan puncak Gunung Lhotse selepas mengibarkan bendera di puncak Gunung Everest, dengan hanya mengambil masa 24 jam.

Ravichandran kali terakhir menawan puncak Gunung Everest buat kali ke-3 pada 12 Mei tahun lalu.

Beliau pernah melakukan misi sama pada 2006 dan 2007. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast