Sebahagian daripada 284 jemaah haji kumpulan pertama membuat pemeriksaan di kaunter KLIA sebelum berlepas ke Tanah Suci Mekah. Foto MOHD ADZLAN, 20 MEI 2023.

SEPANG — Seramai 284 orang kumpulan jemaah bagi musim haji tahun 2023/ 1444 Hijrah berlepas ke Tanah Suci, awal pagi tadi.

Penerbangan Malaysia Airlines (MH 8056) ke Madinah itu berlepas dari Lapangan Terbang antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 2.05 pagi.

Mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 5.50 pagi  waktu Arab Saudi.

Majlis pelepasan kumpulan pertama jemaah haji itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Haji TH merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Syed Hamadah berkata, tahun ini seramai 31,600 orang berpeluang melaksanakan rukun Islam kelima itu.

“Alhamdulillah, operasi haji tahun ini sudah kembali seperti sebelum wabak covid-19 melanda.

“Insya Allah TH telah bersedia untuk menyantuni kesemua jemaah haji  dengan kerjasama petugas haji termasuk kakitangan daripada agensi-agensi lain bagi memastikan perjalanan jemaah haji lancar,” katanya

Pada masa sama, beliau menasihati jemaah haji agar kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta menjaga kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci supaya tidak dijangkiti penyakit berjangkit.

Pada tahun ini, penerbangan pertama jemaah haji negara bermula pada 21 Mei hari ini, manakala penerbangan pulang terakhir  pada 2 Ogos depan.

Katanya lagi, pada tahun ini, sebanyak 98 penerbangan menerusi Malaysia Airlines dan Saudi Airlines akan membawa jemaah haji negara ke Tanah Suci berbanding 48 pada 2022. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Syukur Alhamdulillah semoga dipermudahkan para jemaah agar dpat dikurniakan haji mabrur..insya Allah

Comments are closed.