PUTRAJAYA – Bermula tahun depan tiada lagi penggunaan alat timbang neraca (ATN) untuk menyukat barangan jualan khususnya bahan mentah.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sudah tiba masanya industri perniagaan runcit dan pasar raya menggunakan alat timbang elektronik.
Jelas beliau, proses peralihan penggunaan alam timbang elektronik akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memudahkan peniaga membuat persiapan.
“Kita kena akui mesin yang menggunakan elektronik ketepatannya, ia tidak boleh dipertikai jadi Malaysia tidak boleh ketinggalan.
“Maka mesin ATN yang masih guna spring akan kita ubah secara peringkat saya memberikan masa setahun untuk mengadakan beberapa siri libat urus dengan pelbagai pihak supaya selepas setahun pelaksanaannya akan mencapai objektif keseluruhan,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Metrologi 2023.
Salahuddin berkata, sehingga kini penggunaan alat timbang elektronik hanya pada kadar 25 peratus.
Dalam masa yang sama beliau berkata, KPDN juga akan menganjurkan semunar pelbagai pihak termasuklah sektor perniagaan dan ahli bidang metrologi bagi memperincikan hala tuju pelaksanaan perubahan alat timbang neraca.
“KPDN juga akan adalan seminar dengan puhak yang berkaitan termasuk pemain industri untuk perincikan lagi hala tuju konsep ini,” tambah beliau.- MalaysiaGazette