Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa seramai 70,000 orang mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Perikatan Nasional (PN) semalam.

“Saya nak ucap tahniah kepada PN yang buat rumah terbuka semalam, lebih 70,000 orang hadir, mereka beritahu.

“Ini petanda kurang baik bagi PH di Selangor dan mungkin akan tumbang,” kata Shahidan ketika membahaskan Rang Undang-undang Percetakan Teks Al-Quran (pindaan) 2023, pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Shahidan merujuk kepada penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri PN yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam semalam.

Kenyataan itu mendapat celahan Azli Yusof (PH-Shah Alam).

“Dekat rumah saya itu, tidak sampai pun 30,000,” celah (PH-Shah Alam),” bidas Azli.

Media semalam melaporkan sejumlah 30,000 pengunjung hadir dalam majlis berkenaan.

Anrata yang hadir adalah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau serta Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.