ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Seorang pemancing ikan yang khusyuk memancing di atas jambatan dekat sungai tepi sebuah kelab golf  terkejut apabila ternampak mayat manusia dalam keadaan terapung.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mayat lelaki itu terapung perlahan-lahan mengikut arus sungai.

Katanya, laporan penemuan mayat itu diterima Balai Polis Kota Damansara kira-kira jam 1.25 pagi tadi.

“Setakat ini, butiran penuh simati dan umurnya masih belum dapat dikenalpasti,” katanya.

Mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian dipohon menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan polis dan mengenal pasti identiti serta waris keluarga simati.

Maklumat boleh disalurkan di Balai Kota Damansara di talian 03-61421222. – MalaysiaGazette