SINGAPURA- Beberapa pasukan mencari dan menyelamat seorang pendaki Singapura di Gunung Everest sedang digerakkan.
Pemilik Nepal Guide Treks and Expedition, Chandra Devkota berkata, keluarga mangsa, Shrinivas Sainis Dattatraya turut berlepas ke Nepal untuk bertemu dengan pasukan menyelamat.
Katanya, syarikat beliau bersama sebuah syarikat pengembaraan di Nepal, Seven Summit Treks menganjurkan misi menawan puncak gunung tertinggi dunia itu kepada Shrinivas.
Menurut Devkota, pasukan SAR yang setiap satunya dianggotai tiga sherpa telah memulakan pencarian lelaki berusia 39 tahun itu.
Mereka juga turut mengedarkan gambar mangsa yang telah tiba di puncak gunung tertinggi di dunia itu Jumaat lepas sebelum dilaporkan hilang.
Di dalam gambar itu, Shrinivas yang merupakan pengurus kanan kejuruteraan perisian di sebuah firma teknologi hartanah, JLL Technologies memakai baju sejuk berwarna oren, kaca mata hitam dan topeng oksigen dengan latar belakang bendera berwarna warni dan papan tanda 8,849 meter.
Dia memegang tali dan berdiri di tegak di atas puncak.- Agensi