KUALA LUMPUR – Siapa yang tanggung kos perbelanjaan pelajar-pelajar menonton filem Anwar The Untold Story di GSC Alamanda?, tanya Ulasan Apek Cina.
Katanya, kalau kerajaan yang bayar, itu duit rakyat.
Oleh itu memang tak patut pakai duit rakyat untuk bayar menonton filem yang berunsurkan politik seperti ini.
Jika individu yang bayar, memang tidak patut pakai letter head kerajaan ( termasuk sekolah), katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau mengulas surat jemputan Menteri Pendidikan kepada pelajar Tingkatan 6 SMK Putrajaya Precint 5 (1) untuk menonton filem itu pada 23 Mei 2023.
Surat yang menggunakan kepala surat sekolah itu ditandatangani oleh Penolong Kanan Tingkatan 6, Suziyah Selamat.
Ulasan Apek Cina turut mempersoalkan apakah piawai pihak kerajaan (Menteri Pendidikan dan sekolah) memilih untuk menjemput pelajar menonton sesuatu filem.
Adakah disebabkan politik atau pendidikan.
“Kalau satu hari orang buat filem yang puji-puji Najib Razak, adakah Menteri PKR akan konsisten menggunakan sumber kerajaan atau persendirian menjemput pelajar-pelajar untuk menonton?
“Saya sungguh KECEWA!,” katanya. – MalaysiaaGazette
kerajaan madani sangat bebal dalam menguruskan hal kerajaan, masa jadi pembanggang semua nampak cerdik, bila jadi kera jaan perangai masing2 macam musibat.