KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia tidak boleh membiarkan media sosial disalahgunakan untuk menyebar penipuan, fitnah, dan berita palsu sebagai cubaan untuk menulis semula sejarah.
Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, ia dilihat cuba menafikan konspirasi politik Langkah Sheraton dan menyalahkan DAP kerana menjadi dalang untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sebelum ini.
“Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu cuba menggunakan penipuan, fitnah, dan berita palsu untuk menulis semula sejarah.
“Konspirasi politik Langkah Sheraton diasaskan kepada penipuan, fitnah, dan berita palsu, merangkumi tuduhan liar dan tidak masuk akal kononnya Perdana Menteri adalah alat DAP dan kerajaan Mahathir didominasi DAP,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambah Kit Siang, Dr Mahathir mengatakan dakwaan-dakwaan DAP cuba mengawal beliau atau mengambil alih negara adalah tidak masuk akal, malah tidak pernah merasakan apa-apa tekanan semasa menjadi Perdana Menteri.
“Saya menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada malam 21 Februari 2020.
“Dr Mahathir diberitahu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan para pemimpin Bersatu lain sebelum mesyuarat tersebut yang dia akan diminta untuk meletakkan jawatan menjelang Mei 2020.
“Dr Mahathir diminta melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, sekiranya beliau gagal berbuat demikian, beliau akan dipaksa untuk memberikan tarikh bila dia akan melepaskan jawatannya kepada Anwar.
“Sebaliknya, perkara ini tidak terjadi semasa mesyuarat Majlis Presiden PH,” katanya.
Kit Siang juga menafikan tiada tekanan terhadap Dr Mahathir untuk meletakkan jawatan dan beliau mempunyai kuasa penuh untuk memutuskan masa untuk bersara.
“Walaupun beliau telah menunjukkan niat untuk meletakkan jawatan selepas persidangan APEC yang berlangsung pada penghujung 2020.
“Saya meninggalkan mesyuarat ini memikirkan Malaysia telah berjaya melalui satu lagi ujian politik yang kritikal dan kemudiannya saya terkejut apabila konspirasi politik Langkah Sheraton dan Mahathir kemudiannya dijatuhkan sebagai Perdana Menteri PH,” ujarnya.
Katanya, konspirasi politik Langkah Sheraton dibina di atas asas penipuan, fitnah, dan berita palsu yang kononnya Mahathir adalah alat DAP dan kononnya kerajaannya didominasi DAP, telah melahirkan dua kerajaan yang tidak sah iaitu kerajaan Muhyiddin dan kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Kita tidak boleh biarkan kaki pusing dan penipu daripada Bersatu menulis semula sejarah dengan menafikan wujudnya konspirasi politik Langkah Sheraton pada Februari 2020.
“Ia sebagai cubaan untuk mereka membersihkan nama Muhyiddin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada dosa mereka menuduh DAP merancang untuk menumbangkan Mahathir daripada Perdana Menteri,” katanya. – MalaysiaGazette
hello apek Lim Kit Siang.. sekarang telah BERUBAH secara total bukan zaman komunisma boleh tipu-tipu. Peja ada ASAS menghurai kemelut tersebut. Jika TIADA ASAS pasti Peja tidak berani memberitahu rakyat. apek Lim Kit Siang perlu TAHU Peja dan Anwar adalah kekal berprinsip jika tiada ASAS mereka tidak AKAN BERKATA. tak faham boleh Rujuk ANWAR makna ASAS. hehehehe apek ni tak bertambah KUAT PENYAKIT…
Sayonara goodbye Zahid Hamidi