Rafizi Ramli. Foto FAREEZ FADZIL, 07 November 2022.

ISKANDAR PUTERI – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menafikan dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa PKR ada menawarkan parti itu untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, pihaknya juga tidak tahu bagaimana dakwaan itu timbul sedangkan beliau terlibat secara langsung dalam pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lepas.

“Saya tak pernah dengar (dakwaan Pas ditawarkan masuk Kerajaan Perpaduan) (sedangkan) saya adalah antara tiga individu dalam PKR yang banyak merundingkan pembentukan Kerajaan Perpaduan selain (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan (Setiausaha Agung PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Saya tidak tahu ini cerita zaman bila tapi saya boleh bagi tahu, sepanjang saya terlibat dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan, saya tidak tahu langsung tentang perkara ini (tawaran), kecualilah ada sesiapa yang lain (yang buat tawaran),” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata demikian selepas menghadiri sesi libat urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 2021-2025 di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Semalam, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata pernah dihubungi beberapa kali oleh “orang tertentu” yang didakwa menawarkan Pas menyertai Kerajaan Perpaduan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Rafizi Ramli tiada formula dalam Kes PELAWA ni, tu SEBAB CIKGU hantar orang “kepercayaan” mengurus perkara tersebut. Selepas PRN 6 NEGERI CIKGU ada hajat nak buang orang KANAN dia… Rafizi Ramli ada dalam senarai ke?
    ZAHID oii ZAHID…. kurangkan TEMPOH HIDU tu.. nanti RESDUNG pula. tunggu je tapi bersiapsedia dan bertabah diri dengan aturan Allah.
    Sayonara goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.