Mohd Farhan Mohd Sait dan Nur Azizah Zamri bersama Muhammad Athif Fahri, 15 bulan yang menghidap Spinal Muscular Altrophy (SMA) Type 1

KUANTAN – Kisah Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan atau adik Athif yang menghidap penyakit jarang jumpa iaitu Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1 baru-baru ini mendapat perhatian Kerajaan Pahang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri dan bersimpati dengan keadaan kanak-kanak berusia 15 bulan itu dan menyalurkan sejumlah RM50,000 bagi menambah dana yang diperlukannya.

“Saya difahamkan Athif yang kini berusia 15 bulan memerlukan dana bagi membeli ubat Genetik Zolgensma yang berharga AS$2.1 juta (RM9.42 juta) yang dipercayai mampu menyembuhkan penyakit terbabit.

“Untuk itu, Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk memberi sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Athif bagi menambah dana yang diperlukannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau turut berharap lebih banyak pihak seperti syarikat-syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang tampil bagi membantu Athif untuk mendapatkan ubat tersebut.

Athif yang berusia setahun tiga bulan tidak mempunyai banyak masa berikutan suntikan ubat terbabit perlu diambilnya sebelum usianya mencapai dua tahun.

Buat masa ini, kanak-kanak itu bergantung pada ubat yang perlu diambil setiap hari dengan kos ubat mencecah RM40,000 sebulan, namun bernasib baik apabila banyak pihak memberi sumbangan untuk mendapatkan ubat berkenaan sehingga kini memasuki botol ketujuh.

Setakat berita ini ditulis, hampir RM6juta berjaya dikumpul oleh Misi Rakyat daripada sasaran kutipan RM9 juta untuknya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

MGNews: Doktor Kata Athif Tak Akan Survive, RM9 Juta Derma Rakyat Malaysia Beri Sinar Sementara