Kaamatan
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak yang meraikannya dengan penuh meriah setiap tahun.

Menurut beliau, kedua-dua perayaan itu disambut bagi menzahirkan rasa syukur dan gembira atas rezeki yang melimpah ruah serta hasil tuai yang bertambah.

Pada masa yang sama, Anwar turut menyatakan penghargaan kepada sekumpulan masyarakat Borneo yang baru-baru ini berarak dalam pakaian tradisional mereka di ibu kota dalam usaha mengetengahkan serta menggariskan budaya mereka yang membentuk aspek kepelbagaian budaya di Malaysia.

“Usaha memberi kefahaman dengan tujuan menjelmakan rasa cinta dan kasih sayang serta bagi memperkukuh kerukunan semestinya didukung terus.

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast