perjuangan UMNO
Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bukit Aman mengesahkan telah merakam percakapan Tun Dr Mahathir Mohamed berhubung kenyataannya yang berunsur penghinaan terhadap institusi diraja dan Proklamasi Orang Melayu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, rakaman itu dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

Rakaman percakapan itu dilakukan di Yayasan Al Bukhary, dekat sini pada jam 10.30 pagi.

“Kes masih di peringkat siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu, peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan bekas perdana menteri itu disoal siasat oleh polis berhubung kempen Proklamasi Melayu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast