SHAH ALAM – Worldwide Holdings Berhad (Worldwide Holdings) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Western Power Clean Energy Sdn Bhd (WPCESB) dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dalam kenyatannya di sini, Worldwide Holdings berkata, saman itu telah diterima.

“Worldwide Holdings menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat dalam saman itu dan akan mengambil semua tindakan yang perlu untuk mempertahankan terhadap tuntutan yang dibawa oleh WPCESB dengan cara yang sesuai mengikit undang-undang,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor itu berkata, pihaknya akan memberi perkembangan terkini jika ia bersesuaian.

WPCESB memfailkan tuntutan ganti rugi sebanyak RM368,650,879.20 terhadap Worldwide kerana didakwa melanggar Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SHA).

Perjanjian tersebut dimeterai oleh WPCESB yang dimiliki dua syarikat dari China iaitu Western Power Engineering & Construction Co. Ltd. dan Western Power International Pte. Ltd. bersama Worldwide masing-masing pada 10 Disember 2018 dan 5 Mac 2019.

Menerusi kenyataan, WPCESB berkata, kedua-dua perjanjian itu dibuat melalui syarikat Worldwide Green Energy Sdn. Bhd. (WGE) bagi membangun membina, mengurus, mengendalikan, dan menjaga sebuah kemudahan rawatan termal untuk rawatan sisa dan penukaran sisa kepada tenaga di Jeram, Kuala Selangor.

“Projek tersebut dilaksnakan oleh WGE yang ditubuhkan secara khas dengan pegangan saham bersama antara WPCESB dan Worldwide masing-masing sebanyak 45 dan 55 peratus,” katanya. – MalaysiaGazette.

WPCESB tuntut ganti rugi RM368 juta dari Worldwide

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast