Fuziah Salleh menyampaikan bantuan Rahmah kepada penerima di Dewan Dato' Abdul Manan Ismail hari ini

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara (KPDN) memberi jaminan bekalan gula dalam negara mencukupi dengan harganya kekal seperti sekarang.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara, Fuziah Salleh berkata, pembekal gula telah diminta mematuhi syarat pengeluaran yang ditetapkan kerajaan iaitu sebanyak 42,000 tan metrik sebulan.

”Bekalan gula ada dan tiada kenaikan harga gula. Gula putih bertapis kasar RM2.85 dan harga gula bertapis halus RM2.95. Ini bermakna tidak akan berlaku masalah kekurangan bekalan dan kenaikan harga gula di pasaran,” katanya.

Tambah Fuziah, Op Manis yang dilancarkan KPDN sejak Mei lalu merekodkan jumlah pemeriksaan tertinggi di Kelantan dengan 848 pemeriksaan, diikuti Terengganu (442), Pahang (597) dan Kedah (405).

Menurut Fuziah, kementeriannya akan terus membuat pemantausan bagi memastikan bekalan gula  tidak terputus.

”Setakat ini aduan terpencil, ada aduan di Kedah, Perak dan apa sahaja aduan kita akan siasat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Pengilang bakal keluarkan gula premium?

Sudah seminggu bekalan gula terhenti – Pemborong

Apa sahaja barang kawalan, mesti ada isu ‘hilang’ dari pasaran – Muhammad Sha’ani