KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi antara individu terawal dari UMNO menzahirkan ucapan tahniah kepada Lim Kit Siang yang diangugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ kepada Lim Kit Siang.
Katanya, penganugerahan itu satu pengiktirafan.
“Hari ini beliau dianugerahkan pingat Tan Sri. Setinggi tahniah. Itu satu pengiktirafan. Dia bersara politik dengan happy ending,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, beliau dan Kit Siang sering berbeza pendapat, baik di Parlimen atau luar Parlimen.
Cumanya, mereka tidak pernah memaki hamun guna kata-kata kesat.
Tambah beliau lagi, politik Malaysia semakin berubah, dulu lawan sekarang kawan.
Itu tidak bermakna pendapat Tan Sri Tan Sri tidak boleh disanggah. Macam TS Muhyiddin dan TS Annuar Musa. Lawan tetap lawan, ujar Mohd Puad. – MalaysiaGazette
salah sorang geng wak jahid perosak umno. Bye2 UMDAP!