SEOUL – Seramai 14 orang cedera selepas ekskalator di stesen kereta bawah tanah di sini, secara tiba-tiba berfungsi secara terbalik.
Tiga daripada mereka mengalami kecederaan serius di bahagian belakang dan kaki, lapor media tempatan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 pagi waktu tempatan di Stesen Sunae di Laluan Bundang semasa orang ramai sedang menaiki eskalator ke atas tiba-tiba bertukar arah dan bergerak ke bawah.
Sebuah video yang tersebar di Twitter menunjukkan orang ramai jatuh menuruni anak tangga, menghempap satu sama lain. – Agensi