KUALA LUMPUR – DAP perlu membuktikan kejujuran parti itu jika mahu bersama UMNO dengan menggugurkan slogan Malaysian Malaysia dalam Perlembagaannya.
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, DAP perlu menunjukkan kesungguhan itu secara jelas dan nyata tanpa perlu berselindung lagi.
“DAP hari ini mengisytiharkan tidak lagi memperjuangkan Malaysian Malaysia, boleh?
“DAP tunjukkan dengan terang dan nyata, tanpa sebarang keraguan, isytiharkan, salah satunya Malaysian Malaysia, keduanya perjuangkan hak istimewa orang Melayu,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak DAP meminta maaf serta menarik balik segala tohmahan yang dilemparkan terhadap UMNO sebelum ini.
Ia bagi membuktikan persahabatan dalam Kerajaan Perpaduan benar-benar ikhlas.
Dr Akmal juga mempersoalkan tindakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang sanggup datang ke Sarawak untuk meminta maaf kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum Kerajaan Perpaduan ditubuhkan.
Tambahnya, tuntutan permohonan maaf itu wajar dilakukan kerana sejarah silam DAP tidak boleh dilupakan, apatah melibatkan orang Melayu dan pihak Istana.
“Memang patut minta maaf, dia orang hina kita, caci kita, pijak kita, berapa lama, saya 50 tahun, saya tahu apa Lim Kit Siang buat, apa Lim Guan Eng buat, apa Nga Kor Ming buat.
“Guling gelentang kat Perak dulu, maki Raja dan sebagainya, dia oranglah, tak apa laa sekarang ini nak berbaik, kata sudah berubah, hati sudah baik, kalau ada perubahan okay, terus teranglah,” katanya. – MalaysiaGazette
Terus berjuang Melayu istimewa membantu kibbutz membesar di tanah rizab Melayu sehingga sebijik sebesar kibbutz di Singapore berpotensi jadi model solusi dua negara untuk konflik Palestine-Israel muka tebal lurus bendul politikus Pak Pandir ooii!