KUALA LUMPUR – Saat gelombang Korea masuk ke Malaysia, KFC turut terinspirasi untuk menampilkan menu eksklusif KFC, K-Cheese Crunch.

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Premnath Unnikrishnan berkata, ciptaan terbaharu itu yang diilhamkan dari Korea menawarkan pelbagai citarasa segar.

“’K’ di KFC mengambil makna kontemporari baharu secara eksklusif untuk masa terhad sahaja.

“Rasa dan aroma yang pasti akan memikat selera dan menjanjikan K- yang benar-benar memuaskan pengalaman menjamu selera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, sudah tidak dapat dinafikan fenomena budaya Korea telah meresap ke dalam hati ramai rakyat Malaysia termasuk juga masakan.

“Pedas, cheesy dan rangup, K-Cheese Crunch akan membuatkan anda menjerit.

“Dihidangkan bersama dengan sos Korea pedas yang diperbuat daripada cili Korea, pes bijan dan pes kacang soya antara yang lain, menjadikan ayam goreng akan lebih rangup,” ujarnya.

K-cheese Crunch berperisa daebak ini kemudian disempurnakan dengan sos KFC Jalapeno Cheese, yang pasti membuatkan anda teringin untuk mendapatkan lebih banyak lagi.

Edisi terhad ini akan berada di semua restoran KFC mulai esok untuk masa terhad sahaja.

K-Cheese Crunch didatangkan dalam tiga variasi; kombo 2 ketul, kombo 3ketul dan makanan kotak dengan harga bermula dari RM17.99. – Malaysia Gazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast