HATYAI – Bandar raya Hatyai kini kembali menjadi tumpuan rakyat Malaysia selepas penularan wabak Covid-19 semakin pulih dan pembukaan semula sempadan Thailand-Malaysia sejak 1 April 2022.
Susulan itu, KOPETRO Travel & Tours, anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) menawarkan pakej percutian berasaskan mesra Muslim kepada mereka yang ingin berkunjung ke selatan Thailand itu.
Pegawai jualannya, Zulhairi Abu Bakar berkata, pakej berlandaskan mesra muslim itu menawarkan harga yang berpatutan untuk semua golongan bermula daripada RM359 untuk empat hari dua malam.
“Beza antara kami dengan agensi pelancongan lain adalah kita mengutamakan makanan halal sebab bila di luar negara kita tahu makanan halal susah untuk dicari, kedua penjagaan waktu solat, ketiga penginapan mesra muslim serta pemandu pelancong yang boleh berbahasa Melayu dan Islam.
“Selain itu, agensi kita singgah butik Rosecarre dan ia merupakan satu-satunya kedai sutera yang ada di Hatyai. Mereka berjaya monopoli pasaran itu dan kebanyakkan agensi pelancongan tidak singgah,” katanya.
Tambah Zulhairi, pihaknya juga menyediakan tempat makanan halal yang istimewa serta hidangan tanpa had.
Selain itu perjalanan masuk ke sempadan juga memudahkan melalui CTC Durian Burung yang mengambil masa kurang 30 minit.
“Daripada segi harga pula, pakej ekonomi kita tawarkan bermula RM359 dan paling mahal atau premium bergantung pada jenis kenderaan, kalau kita ambil VIP coach harga bermula daripada RM600.
“Jadi harga ini sangat berbaloi kalau dibandingkan dengan yang lain, walaupun mereka mungkin dapat yang lebih murah tapi perkhidmatan yang diberikan banyak dipotong,” ujarnya.
Antara lokasi menarik yang dituju sepanjang percutian di Hatyai adalah Khlong Hae Buffet Seafood, Khlong Hae Floating Buffet, Chang Puak Cham (taman gajah), bandar lama Songkla, pantai Somila dan Asean Night Bazaar.
Terdahulu, seramai 31 orang daripada media, pempengaruh (influencer) dan blogger mengikuti trip percutian selama empat hari dua malam ke Hatyai – Songkla – Danok.
Sementara itu, menurut Sharrel Baharum, 41, yang mengikuti trip itu bersama isterinya berpandangan, perkhidmatan yang Kopetro baik dan tersusun mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan.
“Setakat ini, ia amat memudahkan bermula daripada Kuala Lumpur sehingga urusan di sempadan dan sampai ke sini pergerakkan mudah dan teratur, semuanya tersusun, kita cuma enjoy dan ikut apa yang sudah diatur, memang cantik.
“Paling menarik yang saya suka di Songkla, banyak kedai kopi yang best terutama bagi mereka yang suka food hunting. Kemudian Asean Night Market untuk membeli belah banyak pilihan seperti cenderahati, barang sendiri memang best,” jelasnya.
Pandangan sama turut dikongsi, Danial Arif, 38, yang berkata, sepanjang percutian itu tiada sebarang masalah malah tempat makanan yang yang dibawa juga menarik serta dijamin halal.
“Lazimnya rakyat Malaysia kalau datang ke Hatyai, kita selalu cari makanan dan mereka (KOPETRO) bawa kami ke tempat makanan yang menarik, paling saya suka Kaeng Som di Islam Pae Daeng.
“Saya juga suka ke Songkla sebab kita dapat naik tram yang merupakan pengangkutan unik untuk mengelilingi bandar lama di kawasan itu tambah pula kita nak masuk sempadan tidak perlu beratur panjang sebab ikut CTC Durian Burung selepas semalaman dalam bas dari Kuala Lumpur ke Hatyai,” ujarnya.
Bagi Mohd Zulkifli Mally, 35, berkata, percutian secara berkumpulan bersama KOPETRO sangat tersusun malah informasi yang diberikan juga jelas.
“Sepanjang empat hari ini, saya rasa ia satu pengambaran yang menarik dan kita pergi satu kumpulan sangat best. Alhamdulilah juga kami tiada masalah dari segi masa, semua tepati masa dan beri kerjasama yang baik.
“Selain itu, mereka juga beri cadangan lokasi yang menarik untuk dituju seperti Khlong Hae Buffet Seafood dan paling jadi tumpuan adalah 7-Eleven Thailand,”jelasnya.
Untuk mendapatkan pakej yang ditawarkan, orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian hotline KOPETRO Travel 03-21641577 atau melayari website KOPETRO Travel di www.kopetrotravel.com.my atau mengikuti akaun media sosial @kopetrotravel di Facebook dan Instagram. – MalaysiaGazette