KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel masih kekal bagi bagi tempoh 15 Jun 2023 hingga 21 Jun 2023.
Menurut Kementerian Kewangan, harga RON97 kekal pada paras RM3.37 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing sebanyak RM2.05 dan RM2.15 seliter.
Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global,
“Kerajaan masih mengekalkan harga runcit RON95 dan diesel bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global,” katanya.
Tambah Kementerian Kewangan, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi
memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette